Bunga Hiasan Batu Jade
RM200/pokok termasuk pos
Berminat call / sms / wsapp : 0174068099
♥Diperbuat dari batu jade.
♥Sangat sesuai untuk semua peringkat usia untuk dijadikan hiasan meja.
♥ Bagi kepercayaan masyarakat Cina bermaksud membawa kesejahteraan dan keharmonian.
PERIHAL JADE
Jade ialah batu permata yang menjadi simbol tenaga dan unik di dalam satu mitos. Dengan kecantikan dan keindahan warna yang dipancarkan, jade telah menjadi satu tarikan kepada manusia sejak ribuan tahun lagi. Jade biasanya berwarna hijau tetapi terdapat juga yang berwarna putih, hitam, merah, oren, biru dan kuning. Sejak 7000 tahun dahulu, manusia menggunakan jade sebagai perhiasan dan senjata. Orang Maoris di New Zealand menggunakan jade sebagai senjata di dalam peperangan. Tamadun purba; Maya, Aztec, Korea, dan Olmec menyanjung jade sebagai batu permata yang lebih berharga dari emas. Sejak 3000 tahun sebelum Masihi, jade dikenali di China sebagai "royal gems" (batu permata diraja). Di dalam empayar Tamadun China, jade menjadi signifikan yang penting dan sangat berharga seperti emas. Pada hari ini, jade menjadi simbol kekuatan, kebaikan, kecantikan, dan berharga. Masyarakat Cina juga menyanjungi jade sebagai simbol kepandaian, keadilan, ketabahan, dan menjadi simbol kecantikan pada wanita yang memakainya. Ini menunjukkan jade begitu penting di dalam masyarakat Asia khususnya masyarakat Cina.
Jade yang berwarna amat penting dalam menentukan nilai di pasaran. Warna hijau merupakan warna jade yang paling berharga. Warna biru violet nuances of lavender jadejuga merupakan warna yang berharga. Jade putih, pink dan kuning juga menjadi pilihan sebagai perhiasan. Selain itu, bentuk dan corak yang terdapat pada jade juga amat penting. Corak yang biasa seperti urat, atau campuran kontras warna yang berbeza menjadi pilihan.
Jade berasal dari perkataan Spanish; "piedra de ijada" yang bermaksud "loin stone" dan digunakan oleh orang Ameridian sebagai ubat bagi penyakit buah pinggang. Disebabkan khasiatnya di dalam perawatan penyakit buah pinggang, ia dikenali sebagai "lapis nephriticus". Jadi istilah nephrite lahir dari situ. Pakar geologi dan gemologi mula membeza kedua jenis mineral ini sejak awal abad ke 19 kerana perbezaan mineral, proses kejadian, kekerasan dan rupa bentuk. Namun di China, nephrite dan jadeite dianggap sama dan dikenali sebagai "zhen yu" (jade asli). Ini kerana kedua-duanya keras, mempunyai aggregat yang tersusun rapat dan padat. Perbezaan yang dapat dilihat diantara kedua-duanya ialah warna. Nephrite terdapat dalam varieti warna hijau tua, hijau-coklat, putih, kuning, dan merah. Jadeite berwarna hijau muda hingga ke hijau tua, tetapi terdapat juga dalam warna biru tua, hitam, coklat, putih atau pink, dan kuning atau merah.
No comments:
Post a Comment